Apakah kebocoran dalam pemasaran

Cara untuk menampung kebocoran yang anda tidak perasan di dalam perniagaan internet.

Saya tahu ramai dikalangan anda tidak peka dengan kebocoran yang belaku.

Maksud kebocoran yang saya katakan ini adalah prospek anda, percaya atau tidak baca artikel ini sehingga anda faham apakah yang ingin saya sampaikan.

http://rahsiasen.blogspot.com/2015/09/apakah-kebocoran-dalam-pemasaran.html

Justru banyak yang melakukan kesilapan ini.

Ketika anda mempromosikan website perniagaan, ada banyak prospek yang melihat apa yang anda perkenalkan kepada mereka. Tapi setelah mereka membacanya mereka akan pergi begitu saja tanpa melakukan tindakan apa apa.

Setiap kali anda mempromosikan website perniagaan anda maka perkara yang sama akan belaku kepada anda.

Jadi apakah cara penyelesaian yang boleh anda lakukan demi meningkatkan lagi penjualan produk anda.

Baiklah saya akan kongsikan 3 cara yang mudah digunakan sesiapa pun, 3 cara ini saya namakan ia sebagai pelekat untuk menampal kebocoran yang di alami.

1. Facebook dan Twitter
Berikan link facebook dan twitter kepada prospek anda supaya mereka mudah like dan follow untuk mengikuti perkembangan anda setiap hari. Ini yang paling mudah.

2. Email Rss
Letakkan langganan email RSS FeedBurner.com di blog anda jika anda menggunakan laman blog untuk perkongsian perniagaan anda, ini akan memudahkan prospek anda mendapat perkongsian artikel terbaru dan berguna.

3. Gunakan Email Provider
Pasang email ( auto responder ) di setiap laman website dan blog anda, agar memudahkan anda menghantar email follow up kepada prospek dan ia juga boleh dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.

Ketiga tiga cara ini bukan sahaja boleh menampung kebocoran prospek anda, ia juga boleh menukar fikiran mereka menjadi pembeli produk anda.

Tips Cara Menggunakannya :

jelaskan manfaat yang akan mereka dapat ketika mendaftar dan membeli produk anda, sebagai teknik tarikan. Tapi ingat jangan sesekali anda memberi maklumat yang tidak benar.

Jika 3 perkara ini anda lakukan dengan betul dan berhemah, saya pasti ia akan membawa hasil dalam jangkamasa yang panjang.

Saya bermula dari zero pada ketika itu dan saya mempromosikan bisnes yang untungnya sen sen ini melalui facebook dan saya dapati 90% yang bertanyakan tentang bisnes ini, Tapi sayangnya mereka hanya ingin tahu, kemudian pergi begitu sahaja, inilah dikatakan kebocoran yang berlaku kepada saya dan menjadi pengajaran untuk saya mencari strategi yang baru dalam pemasaran melalui internet yang merupakan nadi terpenting dalam perniagaan.

Sekian sahaja perkongsian kali ini dari saya mungkin sedikit sebanyak membantu mereka yang masih baru didalam bidang pemasaran internet.

0 Response to "Apakah kebocoran dalam pemasaran"

Catat Ulasan